ANKARA: Australia melancarkan pemeriksaan DNA yang pertama di dunia bagi mencegah risiko kanser dan penyakit jantung, menurut Universiti Monash Australia.
Projek Monash School of Public Health and Preventive Medicine itu, didakwa sebagai kajian pemeriksaan DNA pertama di dunia dalam pengesanan sebarang risiko, serta bakal menyaring sekurang-kurangnya 10,000 orang berumur 18 hingga 40 tahun, lapor Agensi Anadolu.
"Rakyat Australia kini boleh mendapat akses ujian air liur DNA percuma bagi mengetahui sama ada mereka mempunyai risiko tinggi terhadap beberapa penyakit kanser serta penyakit jantung, dan boleh dicegah atau dirawat jika dikesan lebih awal," menurut universiti itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kajian pemeriksaan DNA pencegahan pertama di dunia itu direka khusus untuk menilai DNA masyarakat melalui sistem penjagaan kesihatan negara.
"Ujian ini percuma dan hanya memerlukan sampel air liur dimasukkan ke dalam tiub kecil dan dihantar melalui pos, dan keputusan ujian akan dikembalikan kepada responden melalui sampul kiriman berbayar," menurut kenyataan itu.
Untuk mendapatkan pemeriksaan itu orang ramai boleh mendaftar di laman sesawang universiti berkenaan.
"Kami berharap dapat mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi semasa mereka masih muda dan sihat, dan mereka diberi pilihan untuk membuat keputusan lebih tepat mengenai kesihatan mereka.
"Bagi sesetengah orang, prosedur ini dapat menyelamatkan nyawa melalui pengesanan awal dan mencegah kanser dan penyakit jantung," kata Profesor Madya Paul Lacaze.
Selain itu katanya prosedur berkenaan dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan dan kesihatan di Australia melalui langkah pencegahan.
Beliau berkata ujian genetik berdasarkan sejarah keluarga sahaja tidak mencukupi sehingga 90 peratus daripada mereka yang berisiko tinggi tidak dikenal pasti berasaskan sejarah penyakit ahli keluarga.
"Kebanyakan orang lambat mengetahui tentang risiko genetik mereka seperti menghidap kanser yang tidak dapat lagi diubati atau didiagnosis mengalami serangan jantung. Kami mahu mengubahnya," kata LaCaze.
Menurut pihak universiti mereka yang didapati berisiko tinggi ketika menjalani ujian itu akan ditawarkan kaunseling serta pencegahan genetik, seperti imbasan biasa dan pemeriksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Kajian pemeriksaan DNA pencegahan pertama di dunia itu direka khusus untuk menilai DNA masyarakat melalui sistem penjagaan kesihatan negara. - Gambar hiasan/REUTERS
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.